18 individu dihukum mati selepas didapati menyalurkan beberapa maklumat penting berhubung operasi ketenteraan Hamas kepada pihak Israel.

Hukuman bagi 11 individu tersebut dijalankan di salah satu lokasi rahsia manakala baki  tujuh yang lain dijalankan di perkarangan masjid Al-Umari, Gaza.

Hamas dalam pada itu memberi amaran hukuman sama akan dikenakan bagi mana-mana individu yang didapati mengkhianati perjuangan seluruh warga Palestin.