190 anggota Briged Infantri Malaysia terlibat dalam istiadat penghormatan

Suasana sedih dan pilu menyelubungi perkarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia)  apabila keranda diliputi bendera jalur gemilang kelihatan, sebaik pintu pesawat dibuka tepat jam 8.32 pagi.

Lapan anggota pengiring tentera diraja malaysia lengkap memakai pakaian seragam putih mengiringi keranda dan bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak  ahli keluarga mangsa dari kejauhan.

Sebanyak 190 anggota daripada 12 briged infantri Malaysia terlibat dalam istiadat penghormatan tersebut.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com