Jenazah Allahyarham Ahmad Fikri yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta perisai tiba di Pangkalan TUDM Subang


Mangsa kemalangan kereta perisai yang berlaku di Sabah tempoh hari, Allahyarham Ahmad Fikri tiba di Pangkalan TUDM Subang pada Rabu.

Jenazah yang tiba sekitar jam 3 petang disambut beberapa pegawai serta ahli keluarga mangsa.

Kejadian pada Selasa berlaku di daerah Sandakan, Sabah apabila mereka dalam perjalanan balik ke Kem Sri Kinabatangan selepas rondaan di kawasan sekitar. Tiba di simpang tiga Jalan Sungai Tiram, kenderaan tersebut terbabas yang menyebabkan Ahmad Fikri, 23 tahun serta Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31 meninggal dunia di tempat kejadian.