Seramai 4,313 individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mendaftar untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)sejak ia dibuka 1 Jun lepas.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur, Datuk Mohd Isa Endot menyasarkan 40,000 individu dan syarikat perniagaan mendaftar untuk melaksanakan GST sehingga 30 September ini.

Katanya, pendaftaran itu bagi membolehkan syarikat perniagaan diberikan pendedahan dan latihan komprehensif berkaitan pelaksanaan GST yang berkuat kuasa 1 April 2015 selain usaha mendekati peniaga melalui persatuan-persatuan mereka untuk mempercepatkan proses pendaftaran GST dan membantu mereka membuat pendaftaran secara dalam talian.