Popular dengan lagu Tolong Tepi Sikit, kini Alyph Sleeq pula bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon dari Kota Singa iaitu Azzah Fariha Samad pada 27 September depan.

Pasangan selebriti itu berani untuk tampil mengumumkan tarikh perkahwinan di Apa Kata Malaysia, sebuah program hiburan yang dihoskan pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi pada Ahad.

Jelas jejaka berusia 25 tahun itu, berkongsi serba sedikit kisah peribadi adalah cara paling baik bagi memastikan peminat sentiasa bersama Sleeq.