Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti memberitahu bahawa pemain sayap, Angel Di Maria telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab tersebut.

Di Maria yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan Manchester United, telah menolak kontrak baru bersama juara Eropah 10 kali itu.

Bagaimanapun sekiranya tiada kelab yang ingin mendapatkan khidmat tonggak Argentina itu sehingga jendela perpindahan ditutup, Di Maria akan terus kekal bersama Real Madrid.