Manchester United berjaya mengikat pemain sayap Argentina, Angel Di Maria dengan yuran perpindahan bernilai £59.7 juta, sekaligus menjadikannya pembelian pemain paling mahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain Real Madrid itu mengikat kontrak selama 5 tahun bersama Red Devils dengan gaji mingguan sekitar £300,000 selepas melepasi ujian perubatan pada Selasa dan akan menyarung jersi bernombor 7.

Pembelian pemain berusia 26 tahun itu merupakan yang keempat buat United bagi musim panas 2014/2015, selepas berjaya membawa masuk Ander Herrera, Luke Shaw dan Marcos Rojo ke Old Trafford.