Nasarudin Mohd Yusof seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia berpindah ke The Hague, Belanda untuk menyertai Organisation Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) 3 tahun lalu telah membawa kebanggaan buat rakyat Malaysia sepanjang berkhidmat di sana. 


Pada usia 52 tahun, Nasarudin dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan 2014 atas kejayaannya mewujudkan kerjasama antara kerajaan dalam hal penggunaan senjata kimia yang memudaratkan.

Membawa pulang hadiah tunai 900 ribu euro, baginya kejayaan ini diharap dapat membuka mata anak muda Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara walau di bumi mana mereka berpijak. Tambahnya adalah penting untuk memberikan perhatian khusus biarpun ke atas isu kecil kerana ia mampu membawa Malaysia ke pentas dunia. Tidak kurang dengan itu, beliau turut berharap anak muda Malaysia mampu meneroka bidang lain terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan kebudayaan untuk diiktiraf dalam anugerah tertinggi seperti ini.