Bandar Amerli menjadi bandar penting buat pejuang Islamic State of Iraq & Syria ISIS selepas bandar terbabit berjaya ditawan beberapa bulan lalu.

Memandangkan situasi genting puak ISIS, masyarakat sekitar Amerli menjadi mangsa apabila kebanyakan sumber asas kehidupan disekat dari masuk ke kawasan terbabit.

Menurut laporan CNN, pihak AS telah melancarkan serangan pada Sabtu bagi menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.