Antara individu yang turut sama memberi penghormatan ketibaan tiga jenazah mangsa nahas MH17 di Kompleks Bunga Raya KLIA ialah barisan pramugara dan pramugari Malaysia Airlines (MAS)

Pesawat komersial MH19 tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari Schiphol, Amsterdam jam 6.53 pagi.

Kumpulan kedua jenazah itu adalah terdiri daripada penyelia penerbangan kabin MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah UMS, Ng Shi Ng manakala identiti ketiga jenazah tidak didedahkan atas permintaan  ahli keluarga.