Presiden Pemandu Bas Pelancong Satu Malaysia (BASPEL), Nor Aizam Abd Kadir menyeru semua pemandu pemandu bas seluruh negara bertafakur sejenak sebagai memberi penghormatan ketibaan jenazah MH17 pada Jumaat.
Katanya, penghormatan itu dibuat kepada semua pemandu bas yang dalam perjalanan ke mana-mana destinasi agar berhenti di tempat sesuai bermula dari jam 10.45 sehingga 11.15 pagi.
Ia selaras dengan seruan kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta rakyat negara ini bertafakur sempena sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain meminta orang ramai yang tidak dapat hadir bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir.