Sepasukan doktor di Hong Kong terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan seorang bayi daripada ibunya yang maut akibat ditimpa sebatang pokok dalam satu kejadian, petang Khamis.

Media tempatan melaporkan, kejadian kira-kira 2.30 petang itu membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun yang hanya dikenali sebagai Zhang di sebuah kawasan perumahan mewah Mid-Levels di selatan bandar raya itu.

"Ibu kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia manakala bayi itu masih dalam keadaan kritikal," kata jurucakap hospital. 

Sumber: AFP