BN sedia tentang calon PKR atau PAS di Pangkalan Kubor


Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor nanti sama ada calon lawan daripada PKR atau PAS.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, legasi perjuangan bekas wakil rakyatnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar selama tiga penggal di situ akan diteruskan dan selain yakin sokongan pengundi terhadap BN tidak akan berbelah bahagi.

Tegasnya, calon yang akan ditampilkan nanti akan menepati kehendak pengundi seperti mana karakter Allahyarham yang disenangi pengundi di situ selama ini.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com