CEO MRT diminta kekal sehingga siasatan selesai



Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memutuskan tidak mempertimbang peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO), Datuk Azhar Abdul Hamid sehingga siasatan terhadap kemalangan maut baru-baru ini selesai.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, lembaga pengarah MRT Corp berkata Azhar telah diarah terus menerajui badan itu dan siasatan terhadap kemalangan berkenaan.

Lembaga itu hanya akan mempertimbang peletakan jawatan Azhar sebaik saja hasil siasatan diumumkan.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com