Sepanjang hari perkabungan negara pada Jumaat, ramai yang mula berkongsikan kisah yang menyayat hati ahli keluarga mangsa tragedi MH17.




Salah satu daripadanya ialah foto di mana seorang kanak-kanak yang merintih mahu melihat jenazah ibunya di Johor paling Trending sepanjang hari ini.  Anak lelaki tunggal arwah Mastura Mustafa, Muhriz Marzaidi, 10, dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya. 

Namun demikian, penyebaran kisah itu adalah palsu semata-mata kerana berdasarkan laporan Harian Metro, “Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” kata datuk Mukhriz yang ditemui seusai majlis pengkebumian.