PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pihaknya dalam perundingan akhir dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung penambahbaikan skim perkhidmatan awam dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ijazah.

Jelasnya, ia termasuk dalam penambahbaikan 171 skim perkhidmatan awam yang sedang disemak kerajaan dan diharap diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015.

Kata Azih, kerajaan turut diminta memberi penjelasan segera mengenai penambahbaikan skim itu.