Selepas lebih lapan tahun bercinta, bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat, Nur Farhan Azizan atau Farhan, 30, bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi, 30, pada 10 Oktober depan.

Majlis akad nikah akan diadakan di masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya sementara pada sebelah malam pula, majlis akan diadakan di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Farham mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 dengan Ahmad Rashdan yang bekerja sebagai pengurus akaun selepas tamat belajar di UK.