Penyerang Chelsea, Fernando Torres menyertai AC Milan secara pinjaman selama dua tahun selepas kedua-dua kelab mencapai persetujuan bersama.

Torres tidak menikmati karier yang baik di Stamford Bridge selepas berhijrah dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan tertinggi di Britain ketika iaitu £49.8 juta, akan bersama skuad Rossoneri sehingga 2016.

Kehadiran Torres ke San Siro dilihat mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang Itali, Mario Balotelli yang kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk menyertai Liverpool selepas hanya semusim bersama AC Milan.