Siapa sangka Syatilla Melvin atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin kini menjadi teman baru kepada aktor popular Shaheizy Sam.
Bekas finalis Dewi Remaja 2010 itu juga kerap membintangi banyak drama televisyen menerusi drama bersiri Rindu Bertemu di Abu Dhabi di TV3, mengakui dia dan Shaheizy sekadar teman rapat sahaja.

Kerap memegang watak antagonis, Syatilla mempunyai pakej untuk terus maju dalam industri hiburan Malaysia.