Luluh hati seorang nenek dan emak Jamilah Noriah Abg Anuar terubat, apabila jenazah anak perempuannya  Ariza Ghazalee 47, dan cucunya Mohd Afif 19, selamat tiba di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi Jumaat.


Ahli keluarga Allahyarham Ariza redha dengan ketentuan yang sudah tertulis oleh-Nya.

Keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak itu dilaporkan kembali semula ke Malaysia kerana suami Ariza, Tambi Jiee 49, dipindahkan ke Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur selepas beberapa tahun berkhidmat di Kazakhstan.