Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat harus jelas isu jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata-mata dalam kriteria memilih pemimpin di peringkat parti, negeri atau negara.

Tegasnya dalam ucapan dasar semasa Kongres PKR di Shah Alam , isu kepimpinan ini bukan suatu perkara yang dipandang remeh oleh Islam yang menekankan ciri pemimpin yang mempunyai kelayakan, wibawa dan amanah perlu dipilih untuk menjadi seorang pemimpin.

Wan Azizah turut memetik Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud “Demi Allah, aku tidak bimbang sekiranya kamu menyembah selain dari Allah selepas daripada aku, akan tetapi, aku sangat bimbang sekiranya kamu akan bersaing sesama kamu untuk merebut kenikmatan di dunia ini” (Sahih Bukhari. Jilid 5, Buku 59, No 411)