Kumpulan kedua jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 dijangka tiba pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, setakat ini jumlah jenazah yang bakal tiba ke tanah air belum diketahui dan proses pengecaman identiti masih dijalankan pasukan forensik di Belanda.

Sebelum ini kerajaan Malaysia berjanji akan melakukan usaha terbaik bagi mendapatkan baki jenazah yang masih belum dikenal pasti. Kesemua jenazah pada masa sama akan diurus sebaik mungkin sebelum dibawa pulang ke tanah air dan akan diberi sambutan serta penghormatan sama seperti yang dijalankan pada hari perkabungan negara.i perlu dicapai segera.