Kedutaan Jepun akan menyertai istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 pada Jumaat dengan mengibarkan bendera separuh tiang di canselori dan kediaman duta mereka.

Dalam satu kenyataan, kedutaan Jepun turut melahirkan melahirkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat.

Kata kenyataan itu, hati dan perasaan seluruh rakyat Jepun sentiasa bersama kerajaan dan rakyat Malaysia dalam masa kesedihan ini selain bersedia menghulurkan sebarang bantuan jika diperlukan.