Kelantan mencatat kes denggi tertinggi di negara ini dengan 1,286 kes atau 46 peratus daripada keseluruhan kes, manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah turut menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 60 peratus, 21 peratus, 17 peratus dan 15 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, sebanyak 2,812 kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos lalu, menurun sebanyak 258 kes atau 8.4 peratus berbanding 3,070 kes minggu sebelumnya.

Jelasnya, jumlah kumulatif kes sehingga kini adalah 65,672 kes, peningkatan 263 peratus atau 47,573 kes berbanding 18,099 kes untuk tempoh sama tahun lalu selain dua kematian yang dicatat minggu lalu menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi sehingga kini adalah 128 kematian, meningkat 93 kematian atau 266 peratus berbanding hanya 35 kematian untuk tempoh sama tahun lalu.