Kementerian Pertahanan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertanggungjawab mempertahankan institusi Diraja yang sering kali dicabar oleh pihak tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempertikai dan memperlekeh institusi Diraja di negara ini.

Tegasnya, institusi Diraja disifatkan seperti agama dan apa sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara merupakan tiang seri 'pillar of nation building' (tonggak pembinaan negara).