Penentuan calon sebenar bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor,
Iskandar Abdul Samad turut menjelaskan, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.

Mustafa sebelum ini berkata, PAS akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan PAS Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut.