Jangkaan peningkatan harga tanah dalam masa 10 tahun akan datang memungkinkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan bank tanah bagi mengekalkan momentum usaha membina rumah mampu milik untuk rakyat.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata memandangkan harga tanah akan meningkat  kementerian itu perlu membeli tanah di kawasan strategik di pusat bandar raya dan bandar mulai sekarang sebagai pelaburan untuk melaksanakan projek rumah kos rendah dan mampu milik pada masa akan datang.

Rahman turut meminta Kementerian Kewangan (MOF) akan bersetuju dengan perkara berkenaan kerana sehingga kini tidak terdapat dasar bagi kerajaan membeli tanah untuk kegunaan pada masa akan datang.