Kerajaan akan mencadangkan satu dasar berkenaan obesiti selepas semakin ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk dengan kadar prevalens obesiti dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas meningkat daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 15.1 peratus pada 2011.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata dasar sedemikian wajar diwujudkan berikutan kadar obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Jelasnya, kadar prevalens bagi hiperkolesterolamia dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas adalah 20.7 peratus pada 2006 dan bertambah kepada 32.7 peratus pada 2011.