"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi untuk meletak jawatan dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan."
Itu petikan kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang mengumumkan meletakkan jawatan susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa yang berlaku pada Isnin.
Jelasnya, ia adalah selari dengan pendirian MRT Corp untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tiga pekerjanya selain katanya sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa.