Khalid cari dua pengguna Twitter hina PDRM



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap Khalid sebagai 'anjing Barisan Nasional'.

Khalid dalam catatan di laman Twitternya memberitahu, akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar sementara satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong sementara pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia".

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan." dan berkata, Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com