Konkrit projek MRT runtuh, 3 masih hilang.

MASS Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menerusi Twitter mereka memaklumkan kejadian konkrit seberat 300 tan dengan panjang 38 meter jatuh dari landasan pembinaan di Kota Damansara berdekatan Hospital Pusrawi.


Kejadian mula dilaporkan jam 9:46 malam Isnin dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bergegas ke tempat kejadian.


Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kemalangan itu berlaku membabitkan runtuhan konkrit di tapak pembinaan landasan MRT dan sehingga kini 3 dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan. Siasatan masih giat dijalankan dari masa ke masa.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com