Moscow bersedia menghantar konvoi kedua bantuan kemanusiaan ke Timur Ukraine selepas bantuan pertama dihantar ke kawasan sempadan menggunakan perkhidmatan keretapi sebelum ini.

Rakaman televisyen Rusia RU-RTR menunjukkan, berpuluh-puluh trak putih sama seperti yang membawa konvoi pertama sebelum ini ditempatkan berhampiran bandar Donetsk, kira-kira 30 kilometer dari sempadan Ukraine.

Awal minggu ini, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov memaklumkan, Moscow dan Kiev telah mencapai persetujuan untuk menghantar lebih banyak bantuan keperluan di kawasan bergolak itu.