Malaysia secara dasarnya tidak menjalin hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel kecuali tiga cara perdagangan dengan iaitu secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional (MNC), produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel dan eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung tetapi dihantar dari negara-negara ketiga.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan berpegang kepada prinsip dasar luarnya yang tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Jelasnya, kementeriannya juga menyokong penuh desakan komuniti antarabangsa supaya kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta merta sejajar dengan dasar prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia.