Manchester City mempamer aksi cemerlang di halaman sendiri dengan menundukkan Liverpool 3-1 dalam perlawanan kedua Liga Perdana Barclays musim 2014/2015.

Gol pertama hadir lewat separuh masa pertama menerusi penyerang Montenegro, Stevan Jovetić pada minit ke-41, yang kemudiannya menyumbat gol kedua buat Citizens pada minit ke-55.

Sergio Aguero menambah duka pelawat dengan meleret bola masuk ke gawang Liverpool untuk gol ketiga City pada minit ke-69, hanya selepas beberapa saat masuk menggantikan Edin Dzeko. Liverpool memperoleh gol saguhati daripada gol sendiri Paolo Zabaleta pada minit ke-83.