Sepupu Allahyarham Dora Shahila Kassim, Mohd Salahuddin menceritakan allahyarham pernah bermimpi pesawat yang dinaikinya ditembak jatuh dan terhempas di suatu kawasan yang tidak diketahui.

Salahuddin yang ditemui selepas majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Bukit Kiara memberitahu perkara itu diceritakan allahyarham sebulan sebelum tragedi berkenaan berlaku.

Allahyarham Dora meninggalkan seorang anak perempuan, Nurliyana Yazeera Yazli yang masih menuntut di tingkatan tiga.