Penyerang sensasi Itali, Mario Balotelli akan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool musim ini selepas persetujuan dicapai antara AC Milan dengan Liverpool dengan yuran perpindahan yang dianggar berjumlah €20 juta (RM 84 juta).

Kedatangan Balotelli ke Anfield dilihat sebagai mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang prolifik Uruguay, Luis Suarez yang berhijrah ke kelab Sepanyol, Barcelona.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Liverpool cuba membida pemain kontroversi tersebut dengan harga £17.5 juta (RM92 juta) bagaimanapun kenyataan tersebut dinafikan pihak AC Milan.