Dua orang model separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda RM400 setiap seorang ketika hukuman dibacakan Majistret Haslinda A Raof.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21 akhirnya mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel semasa sesi fotografi itu.

Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh dan pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama.