"Syabas dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang dengan penuh semangat memeriahkan perarakan Hari Kemerdekaan ke-57 pagi tadi," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka yang dibanjiri masyarakat pelbagai kaum yang datang menyaksikan perbarisan dan perarakan itu.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, kemerdekaan negara bermula dengan perjuangan Raja-Raja Melayu, barisan pemimpin terdahulu dan seluruh rakyat Malaysia paad majlis yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.