Obor-obor biru serang Pantai Barat Amerika



Berbilion haiwan yang seakan  obor-obor berwarna biru terdampar di pantai barat Amerika yang hanyut daripada selatan California ke British Columbia.

Menurut Profesor Biologi di Monterey Peninsula College, Profesor Kevin Raskoff, haiwan yang dikenali sebagai “by-the-wind sailor” atau nama saintifiknya Velella Velella ini adalah sejenis haiwan karnivor dan mempunyai sengat, namun tidak membahayakan kepada manusia.

Velella Velella dikatakan tinggal beberapa batu di luar pantai dan apabila ia hanyut ke persisir pantai atau darat, ia akan mati, mereput seterusnya menjadi seakan selofan.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com