Olympus keluar model baru untuk 'berselfie'



Pada masa penduduk dunia teruja untuk berselfie, sebuah kamera terbaharu Olympus mengeluarkan kamera khas yang mempunyai ciri-ciri untuk berselfie.

Kamera siri PEN terbaharu model E-PL7 yang dilancarkan boleh ditukar lensa dan mempunyai sistem penstabilan Olympus IS tiga paksi, imej yang dihasilkan lebih pegun walaupun rakaman dilakukan dalam cahaya suram dengan kelajuan pengatup yang perlahan dengan berat kamera dengan hanya 357 gram.

Model terbaharu ini didatangkan dengan skrin LCD resolusi tinggi dengan saiz 3 inci yang boleh dibalikkan dengan selesa kepada perakam gambar yang dijangka bakal dipilih sebagai satu alat kepada mereka yang benar-benar tegar untuk berselfie.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com