Bermula Oktober ini, 30 motosikal elektrik akan digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menyokong agenda Teknologi Hijau Negara dan PDRM juga dijangka bakal menggunakan kereta patrol hibrid untuk masa akan datang.

Melalui penggunaan enjin hibrid ini, penjimatan kos minyak sebanyak 35% dapat dikurangkan selain daripada pencemaran gas karbon yang dihasilkan kenderaan biasa dapat diminimumkan.

Inisiatif ini dilihat sebagai  langkah permulaan yang bijak sebelum langkah-langkah lain disuntik dalam menyahut seruan kerajaan “sayangi bumi kita”.