Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta umat Islam untuk memahami persoalan akidah secara berterusan sekali gus mengelakkan umat Islam dari terpesong akidah ekoran kemunculan pelbagai fahaman yang dibawa pihak-pihak tertentu.
Katanya, umat Islam juga perlu mempelajari dan menerusi majlis ilmu dan kelas agama yang dikendalikan cendekiawan Islam yang bertauliah.
Jelasnya, sebagai umat Islam yang memandang tinggi kepentingan akidah, anak-anak sejak kecil perlu diajar untuk mengenal Allah melalui sifat-sifat seperti terkandung dalam Al-Quran.