Orang ramai berpeluang untuk menunggang kuda di samping bergambar dengan para hulubalang yang lengkap berpakian tradisional Melayu bermula Sabtu sehingga Isnin depan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata aktiviti yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bakal menyingkap kembali kegemilangan perjuangan yang bermula dari era Raja-raja Melayu sebelum penjajahan negara.

Tambahnya, hulubalang berkuda juga akan membuat larian diikuti perbarisan kuda berirama dengan pelbagai formasi seiring dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.