Pembantu juruterbang penerbangan Indonesia Lion Air, rebah dan pengsan selepas berlepas dari Hat Yai ke Bangkok sekali gus memaksa juruterbang untuk berpatah balik dan mendarat kecemasan.


Pembantu juruterbang itu merupakan seorang warganegara Belanda kemudian disahkan mati selepas dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, semua penumpang di atas kapal penerbangan itu difahamkan selamat.