Hasrat untuk berhijab kini beralih kepada naib juara Akademi Fantasia musim kelapan Adira yang juga kekasih kepada Shahrul Nasrun Kamaruddin.

Adira mula berkongsi penampilan terbarunya itu pada laman sosial Instagram pada 18 Ogos lepas.
Menurut pengasas Adira Beauty Signature itu, hasrat tersebut lahir dari hati yang ikhlas dan bukan atas alasan mahu berkahwin seperti yang disebarkan.