Penerbangan sebuah pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dengan membawa 37 penumpang dan anak kapal tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom sebelum berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan, berkata kapten penerbangan dimaklumkan mengenai kemungkinan ancaman bom semasa menaiki pesawat dan sebagai prosedur operasi standard, syarikat penerbangan itu memaklumkan menara kawalan dan pihak berkuasa.

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Raja Saadi Raja Amrin  berkata pesawat itu yang dijadual berlepas ke Pulau Pinang pada 3.40 petang, telah dibawa ke satu kawasan terpencil untuk menurunkan penumpang dengan selamat dan mereka dikuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan.