Sepasang pengantin baharu membuat kejutan dengan aksi separuh bogel ketika menjalani sesi fotografi di Ipoh, Perak pada Isnin.

Wanita tersebut kelihatan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam putih beserta kain layah menutup kepala, manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam dan tidak berbaju.

Gambar itu sekali gus menimbulkan reaksi ri laman media sosial selain kes itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang menyifatkan akan menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.