Pengusaha kem PLKN perlu tanggung sendiri kos naik taraf

Kos naik taraf setiap kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara akan ditanggung oleh pengusaha kem sendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, ia membabitkan perbelanjaan antara RM2 juta hingga RM4 juta untuk sebuah kem dan tidak membabitkan peruntukan kerajaan.

Tegasnya, seandainya pengusaha kem gagal menyelesaikannya, kontrak mereka akan dikaji semula dan kemungkinan tidak disambung.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com