Mayat pekerja Bangladesh, Mohammad Elahi Hossain, 27 tahun,yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit pembinaan projek landasan MRT berjaya dikeluarkan pada pukul 2.34 pagi Selasa.

Pihak berkenaan kini sedang giat mengeluarkan dua lagi mayat mangsa iaitu Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik juga dari Bangladesh.

Kejadian berlaku kira kira pukul 8.30 malam semalam ketika mangsa berada di atas span konkrit seberat 300 tan yang sedang dipindahkan tiba-tiba jatuh dan kesemua mangsa jatuh dari ketinggian 20 meter sebelum blok berkenaan menghempap mereka.