"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi Menteri Besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor," nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Tegasnya, amalan 'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar.

Najib turut meminta rakyat Selangor berfikir perkara yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional demi menyelamatkan negeri dan negara secara keseluruhan.